Sunday, August 5, 2012

My Hijab Story



Today I am going to write in Bahasa Melayu (Malay), which I can explain better in what I am going to write about.  

Tujuan entri ini dibuat hanyalah untuk membakarkan lagi semangat perempuan2 di luar sana untuk mengenakan pakaian yang lebih elok selaras dengan syariat agama tercinta kita,ISLAM. Pada mulanya, saya juga mencari-cari blog sebagai inspirasi, dan pada kali ini, apa salahnya saya menjemput saudari2 diluar sana merasai juga nikmat dalam memenuhi syarat2 berpakaian selaras dengan syariat.

Semuanya bermula dari hatiku yang suka melihat perempuan melayu yang bertudung labuh, berpakaian longgar, berstokin ke mana sahaja di perkarangan universitiku (UiTM). Tercetus di benak fikiranku soalan-soalan yang sering terbit yang tiada jawapannya sendiri,

" Apalah rasanya memakai tudung labuh?"
"Tidak panaskah mereka memakai stokin?"
"Ibubapa merekakah yang menyuruhnya?"

Persoalan demi persoalan bertalu-talu memukul kotak fikiranku,akan tetapi apabila aku melihat mereka, biarpun di bawah terik matahari, ku tersenyum kerana ku tahu itulah tuntutan agamaku,Islam. Islam is the way of life. Itulah slogan yang aku sering dengari sejak dari sekolah menengah lagi. Akan tetapi, baru sekarang aku mengerti apakah maksud disebalik slogan itu.

Semasa aku di semester 1 di UiTM Shah Alam ini lagi, aku sudah menanamkan niatku untuk cuba memakainya, akan tetapi jiwaku tidak cukup kuat lagi untuk menyarungnya.Terlalu banyak alasan berlegar-legar pada ketika itu. Astaghfirullah al-azim. Sehinggalah pada semester kini (5), aku terpana oleh perubahan rakan serumahku yang mengenakan tudung labuh, berstokin, dan juga berbaju longgar. Dalam riak terkejutku melihat, hatiku gembira melihat perubahan tersebut. Dalam hatiku, "Yan, kau bila lagi?". Seorang lagi rakan serumahku menginjak ke langkah pertama dengan memakai stokin apabila ingin ke luar. Aku tersenyum lagi. Terima kasih Iqa dan Timah, kerana telah membakarkan lagi semangatku ingin menutup aurat dengan lebih sempurna.

UiTM pada semester ini telah menganjurkan program "Survival Mahasiswa UiTM". Tidak ku nafikan, aku amat tidak mengetahui apa2 mengenai program apakah itu, yang aku ketahui, aku ingin makan free dan dapat duduk bersama2 rakan ku di dewan DATC itu. Dengan izin Allah, program itu telah dengan secara tidak langsung meng'speed up'kan my desire to cover my aurat properly. Di dalam program itu, kami semua menyelami maksud di sebalik ayat-ayat suci Al-Quran yang selama ini aku baca shaja tanpa memahami maksudnya. Aku baca tafsirnya, akan tetapi aku gagal mendidik jiwaku sekali untuk mempercayainya. Astaghfirullah al-azim,betapa jahilnya aku pada agamaku sendiri pada ketika itu. 

Ayat Al-Quran yang telah menyedarkan aku tentang hebatnya AL-QURAN dan ISLAM.

The Miracle Of Quran-The Big Bang Theory
The creation of the universe is explained by astrophysicists in a widely accepted phenomenon, popularly known as the ‘Big Bang’. It is supported by observational and experimental data gathered by astronomers and astrophysicists for decades. According to the ‘Big Bang’, the whole universe was initially one big mass (Primary Nebula). Then there was a ‘Big Bang’ (Secondary Separation) which resulted in the formation of Galaxies. These then divided to form stars, planets, the sun, the moon, etc. The origin of the universe was unique and the probability of it occurring by ‘chance’ is zero. The Quran contains the following verse, regarding the origin of the universe: “Do not the Unbelievers see That the heavens and the earth Were joined together (as one Unit of Creation), before We clove them asunder?” [Al-Quran 21:30]
Berikut merupakan video yang boleh ditonton untuk memantapkan lagi:


Ya Allah, Allah itu benar. Janji Allah itu pasti. Theory Big Bang yang baru ditemui, rupa2nya telah Allah jelaskan dalam Al-Quran lagi. Kejadian berjuta2 tahun dahulu. Apa lagi yang dapat kita sangkal jika masih meragui kewujudan Allah?

Pada ketika itu, tidak semena-mena persoalan yang dahulunya memukul-mukul benak fikiranku tanpa jawapan yang pasti, kini sudah terjawab dengan sendirinya. 
"Jadi, apa yang aku baca (Tafsir Al-Quran) itu benar?"
"Kenapa aku baru tahu sekarang?"
Ya Allah, jadi kenapakah aku melanggar perintahmu selama ini Ya Allah?

Dengan itu, jikalau menutup aurat itu ialah perintahnya, kenapa masih aku ingin melengah-lengahkannya? Bermula dari situlah aku mengkaji menutup aurat dengan sempurna. Berikut ialah video dari Ustaz Don tentang 4 syarat pakai tudung,yang menjadi titik tolak ku kearah bertudung dengan lebih elok lagi.

Dengan itu bermulalah perjalananku sebagai muslimah bertudung labuh sikit dan berstokin dan berpakaian labuh. Memang banyak baju dan tudung yang tidak dapat lagi dipakai, akan tetapi itu boleh disedekahkan kepada anak2 kecil (tudung). Dapat juga pahala di Bulan Ramadhan ini. Tidak mengapa membelanjakan wang untuk memiliki baju yang longgar, tudung yang labuh, stokin kerana semua yang kita lakukan ini hanya kerana ALLAH.

Memandangkan saya boleh dikira ahli baru memakai baju longgar dan tudung labuh, nak jugak share kan disini blog dan website yang boleh dipercayai InsyaAllah, kerana saya juga membeli disitu :)

Tudung bidang 50,55,60
tudung akel 2-tone bidang 50

dan untuk baju longgar pula (tengok saiz)
Kyndall Blouse -LOV18 Black

Akhir sekali, apakah rasanya menutup aurat dengan lebih elok lagi?
Masya Allah, perasaan yang sangat seronok dan hati terasa tenang. Teringat lagi pengalaman pertama memakai stokin, hati terasa begitu gembira sehinggakan perasaan gementar untuk mengambil Oral Test German Language pada hari itu, lenyap. kerana digantikan dengan rasa syukur dan tersangatlah gembira. Itu baru pakai stokin sahaja berperasaan sebegitu, apatah lagi kalau memakai tudung labuh dan berpakaian longgar. So sisters, what are you waiting for? Jom cover our aurat properly!


Sekian sahaja dari saya.
Yang baik itu datang daripada ALLAH, dan segala keburukan, kesalahan dan kesilapan datangnya dari diri saya sendiri.

HAppy Ramadhan month!

Assalamualaikum w.b.t

2 comments:

fatimahamin said...

:') jom istiqamah pki socks and baju2 yg lebih longgar next sem InsyaAllah

Pinopinokiyo said...

Syukur dapat jumpa timah kan. Shukran:D jom timah..kita istiqamah InsyaAllah :)
Jazakallah Khair