Monday, February 11, 2013

Solat di awal waktu


Tunggu sebentar solatlah dulu
Tunaikan cepat kewajibanmu
Sembahyang fardhu di awal waktu
Ikut sunnah Rasullillah 
Petikan lirik lagu Shalat Dulu - Iwan Syahman 

Selepas azan Maghrib tadi, radio terus memainkan lagu tersebut. Minda terus tertangkap bait-bait lagu di atas. Dan terus terimbau pertanyaan kawanku mengenai solat di awal waktu.

***** Beberapa bulan dahulu *****
A: Camne leh solat awal waktu terus eh?
B: Emm, ntah. Family salu lepas azan, terus solat. Terbiasa kot.
A: Ooo..
B: Eh, ada dulu ikut kem Islamik time kat sekolah kot. Ustaz tunjuk muka orang dalam kubur lau tangguh-tangguh solat. Start dari situ lah kot.

comel sangat lah

*****Sekarang*****
Mungkin nak kongsi sikit ilmu yang tiba-tiba singgah di benak pikiran ini selepas dengar lagu itu dan juga selepas tengok page telekung bellaammara tadi.

Solat di awal waktu mungkin akan menjadi lebih mudah kalau kita tambahkan rencah dan warna di dalam solat kita. Maksudnya seperti:

1) Beli dan pakai telekung baru atau/dan sejadah baru. Mungkin nanti akan timbul rasa tak sabar nak solat.
2) Atau kalau tiada kemampuan, yang amat tidak memerlukan wang, pelajari atau check balik sebutan surah-surah. Kalau ada yang mungkin tersalah baca, betulkan. Atau hafal surah yang lain untuk menambahkan warna dalam solat kita.
3) Semak balik rukun-rukun solat. Rukuk yang betul, sujud yang betul, duduk yang betul, etc. Tengok kat video Ustaz Don di Youtube. Membantu sangat In sha Allah. Dari situ akan terbit rasa tak sabar nak solat dengan betul dan sempurna ;)

Kepuasan solat di awal waktu ialah ketenangan yang tiada nilainya. Tiada gusar tiada khuatir. Ikutlah sunnah Rasulullah s.a.w.






No comments: