Tuesday, September 4, 2012

Tarbiyah & Mujahadah

And I pray that you'll give me eyes that see the best in people, heart that forgives the worst, a mind that forgets the bad, and a soul that never loses faith.
The above statement i took from one of my favourite blog. May it become my daily prayer starts from now on.

Source : Erma
Tarbiyah itu apa? Macam pernah didengari, akan tetapi samar-samar deh maksudnya. Jadi,carilah pengertiannya di salah satu blog.

Tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang shalih, yakni agar tercipta suatu keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.

Tidak paham? Same here.

Andai kata kita ingin membuat bata yang kukuh,kuat dan tahan lama. Hendaklah kita melepasi syarat2 ISO (joking) dan standard-standard nya. Seperti, bata itu perlu diperbuat daripada bahan yang berkualiti, dibakar pada suhu yang sesuai, dan pada jangka masa yang telah ditetapkan. Dengan itu, terhasillah sebuah bata yang memiliki ciri-ciri ideal (spt. tahan kepada suhu yang tinggi dan juga tekanan yang akan dikenakan) untuk membina sebuah rumah mahupun bangunan-bangunan.

Justeru?

Samalah seperti kita, manusia. Analogi di atas mudah difahami untuk memahami maksud TARBIYAH. 
BATA = contoh kepada diri kita
SUHU & TEKANAN = cabaran untuk kita hadapi dalam membentuk individu muslim/muslimah

Dalam erti kata lain, TARBIYAH ialah pembentukan diri kita. ^^
source : aslamarif 


  • MUJAHADAH pula apa?
Mujahadah pula bermaksud melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.
"Apabila nafsu dapat dikalahkan, individu mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi" 
Nafsu Ammarah:
Mujahadah menyucikan nafsu dan menaikkannya ke tahap yang mulia. Secara dasarnya, nafsu yang paling rendah martabatnya adalah nafsu ammarah. Hati yang dikuasai nafsu ammarah dipenuhi dengan syahwat, suka dipuji, takutkan kesusahan dan mudah kecewa. 

Nafsu lawwamah:
Apabila hati digilap dengan mujahadah, ia meningkat ke tahap yang lebih stabil iaitu lawwamah. Hati yang dipenuhi lawwamah menyebabkan tuannya terumbang ambing antara kebaikan dan kekejian. 

Nafsu mutmainnah:
Apabila hati terus digilap, ia meningkat kepada makam nafsu mutmainnah ataupun hati yang damai. Mereka yang memiliki hati mutmainnah yakin dengan janji-janji Allah. Justeru mereka sentiasa tenang menghadapi ujian dan tekanan di dunia kerana merindukan kesenangan di akhirat. 

Golongan yang bermujahadah adalah golongan yang gagah kerana mereka tidak dapat dibeli oleh dunia. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang bermujahadah? Renung-renungkan.

source : treeofmind

2 comments:

Erma Nazillah said...

hey,I saw my photo there..haha..
semoga kita terus istiqamah dlm mentarbiyah diri..amin :)

Pinopinokiyo said...

hihi! terjumpa rah fb news feed mlm tek.. pinjamin ya..hihi.. amin.. jzkk