Saturday, November 24, 2012

Kursus Pengurusan Jenazah

Pada sekitar bulan lepas, aku telah menonton video Ustaz Don ini yang telah membuatkan aku untuk memasang niat ingin mengerjakan salah satu tuntutan fardhu kifayah ini.





Pada 3 Muharam 1434H, Alhamdulillah aku diberi kesempatan masa oleh Allah SWT untuk menghadiri satu kursus fardhu kifayah ini. Termakbul jugak niat aku. Ini adalah anjuran Sekretariat Mahasiswa Fakulti (FKM) yang terhad untuk 100 orang peserta sahaja, bahkan percuma pulak, makanan disediakan lagi, nasi ayam lagi. Alhamdulillah, seramai hampir 80 orang laki-laki dan dan belasan perempuan telah hadir. Walaupun hujan lebat pada ketika itu, penyertaan tetap tidak menghampakan.

Ustaz Johari memberi penerangan teori pada sesi pagi

Ternyata, banyak input-input yang telah ku dapat dari kursus tersebut. Dan bergenang juga air mata saat kursus dijalankan; mengingati arwah ayahku yang telah kembali ke rahmatullah 6 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat ayahku ye :)

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu." Al-Imran:185

Pesanan Imam Al-Ghazali :
Imam Al-Ghazali bertanyakan kepada muridnya: apakah yang paling dekat dengan diri kita? Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
 Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. 
sourceanaanwar

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya. 
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. 
sourceanaanwar

 Antara yang sempat kutulis semasa kursus tersebut ialah langkah-langkah yang diambil setelah seseorang itu telah mati :

  1. Ditutup matanya
  2. Diikat dagunya supaya jangan terbuka mulutnya
  3. Dilembutkan sendi-sendinya dengan minyak
  4. Ditutup seluruh badannya dengan kain dan diletakkan di tempat tinggi
  5. Diletakkan di atas perutnya benda berat (elak daripada perut masuk angin)
  6. Melangsaikan hutang si mati
  7. Disebutkan kebaikkannya dan doakan keampunan baginya

 Langkah-langkah persiapan pengebumian:

  1. Laporan Hospital, pengesahan kematian
  2. Laporan Polis
  3. Permit kubur
  4. Kereta Jenazah
  5. Peralatan Pengurusan Jenazah
  6. Persiapan pengurusan - ukur & potong kain kafan, persiapan untuk mandi, kafan.
"Jangan risau akan rumitnya dan banyak prosedur terebut, in sha Allah, nanti akan ada yang membantu"

ustazah khamariah othman - pengendali sesi petang (praktikal)
Pada sesi petang pula, ialah latihan praktikal yang dikendalikan oleh seorang ustazah dari bahagian CITU (Centre of Islamic Thought and Understanding). Kami diajar cara-cara untuk melipat dan memotong kain kafan, membaluti (mengkafankan) mayat, juga tips-tips memudahkan proses memandikan mayat :
"Sapukan losyen pada bahagian sendi si mati contohnya pada siku, lutut, buku lali, bahagian2 lipatan pada tubuh si mati sementara tubuhnya masih hangat. Kalau tiada losyen, minyak kelapa pun boleh agar urat-urat yang tegang dapat diperbaik, juga memudahkan pergerakan tubuh & mempercepat proses memandikan si mati."
Dari pukul 9 pagi sampai ke 4 petang, tidak berasa waktu berjalan meskipun di hari Sabtu yang kebanyakannya di istilahkan hari rehat untuk para mahasiswa/i sepertiku. Jikalau diberi peluang lagi untuk menghadiri, in sha Allah akan ku hadir lagi. Bahkan, ada diantara peserta sebaya denganku pernah membaluti mayat yang betul. Kenapa perlu hadir lagi? Bukankah sudah mengerti? Bukankah pernah menghadiri? Bagiku, Ilmu Allah itu luas. Semakin banyak kita menghadiri majlis ilmu, walaupun tajuknya sama, masing-masing dianugerahkan kepakaran, ilmu yang mungkin berbeza. Makin dikumpul, in sha Allah, semakin banyak ilmu di dada kita.

Sebelum menutup blog ini, sebagai renungan kenapa kita digalakkan menghadiri majlis seperti ini?

Adakah anak yang ada hari ini mereka yang akan beratur berbaris untuk memandikan kita? 
          Diakah yang akan memakaikan kafan kepada kita? 
Diakah yang akan menyemayangkan dan menjadi imam kepada kita? 
          Kalau belum, tolong pastikan. Sebab semua orang akan mati. - Ustaz Don

No comments: